Arah
1.Arah ialah hala sesuatu tempat.
2.Cara paling mudah menentukan arah sesuatu tempart dari asal adalah berpandukan arah mata angin.
3.Tanpa alat, kita dapat menetukan arah mata angin dengan mudah. Matahari
terbit di sebelah timur. Selepas mementukan arah timur , kita dapat menentukan arah barat , utara dan selatan.
4.Antara empat arah utama , terdapat empat arah perantaraan , iaitu timur laut , barat laut, tenggara dan barat daya .
Menetukan Arah Berpandukan Peta
1. Arah utara biasanya ialah arah rujukan. Arah utama inin biasanya disediakan pada peta.
2.Berpandukan arah utara pada peta, kita dapat menentukan arah tempat-tempat lain dari titik rujukan. Dalam contoh di bawah , kita dapat menentukan arah beberapa tempat yang menarik dari Putrajaya.
Bearing
1.Bearing ialah arah yang dinyatakan dalam darjah.
2.Bearing diukur dengan kompas magnetik dan dapat menentukan arah dengan lebih tepat lagi.
3.Bearing dapat dinyatakann dengan cara bearing sukuan dan bearing sudutan.
Bearing Sukuan
1.Ukuran ditentukan mengikut empat sukuan.
Contoh: Timur - U90°T atau S90°T
Barat - U90°B atau S90°B
Nota: Saiz sudut tidak boleh melebihi 90°
Bearing Sudutan (Azimuth)
1.Bearing sudutan merupakan kaedah yang lebih tepat untuk menentukan arah sesuatu tempat dari titik rujukan.
2.pada peta topografi , arah sesuatu tempat dari tempat rujukan boleh ditentukan secara tepat dengan jangka sudut atau protraktor.
3.Bacaan bearing sudutan diukur dari arah utara mengikut arah pusingan jam.
Tiga Jenis Utara
Utara Grid
Utara yang ditentukan dalam peta topografi. Biasanya , garisan grid menegak (Garisan Timuran) dalam peta topografi menuju ke arah utara grid.
Utara Magnet
Utara yang ditentukan dengan kompas magnetik . Ini disebabkan jarum kompas magnetik sentiasa menuju ke arah medan magnet di utara magnet.
Utara Benar
Utara yang ditentukan oleh kedudukan Kutub Utara.
Utara Magnet : Jarum kompas magnetik sentiasa menuju ke arah Utara Magnet.Utara Magnet terletak di selatan Kutub Utara, di latitud 82.7°U dan longitud 114.4°B atau di sebelah barat laut Pulau Svedrup, Kanada.Kedudukan Utara Magnet tidak tetap, tetapi sentiasa berubah, hampir 80km setiap hari.
Kutub Utara merupakan tempat yang paling utara di bumi . Kutub Utara juga dikenali sebagai Utara Benar dan merupakan latitud 90°.Kutub Utara merupakan titik pertemuan semua longitud.Kutub Utara terletak di atas Lautan Artik, 725km utara dari Greenland. Sekiranya anda berdiri di atas titik Kutub Utara, anda hanya dapat menghadapi satu hala ke selatan sahaja.
No comments:
Post a Comment