Wednesday, 29 June 2016
( Geografi ) Bab 1 : Kedudukan
BAB1 : Kedudukan
Pengenalan
1.Kedudukan ialah lokasi atau tempat letaknya sesuatu.
2.Kedudukan terbahagi kepada dua jenis,iaitu kedudukan mutlak dan kedudukan relatif.
3.Kedudukan mutlak ditentukan menggunakan koordinat,laittud, dan longitud
serta rujukan grid.
4.Kedudukan relatif ialah kedudukan yang ditentukan dengan merujuk kepada
satu objek atau tempat lain yang dinamakan titik rujukan.
Koordinat
1.Koordinat menetukan kedudukan dengan merujuk kepada titik silang lajur
(garisan menegak) dan baris (garisan melintang).
2.Nilai lajur dinyatakan sebelum nilai baris.
Latitud dan Longitud
Latitud
1.Latitud ialah garisan yang dilukis melintang atau mendatar mengelilingi glob.
2.Garisan Khatulisstiwa (0°) ialah latitud terpanjang (40075.16 km) dan latitud ini membahagikan bumi kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.
3.Semua latitud lain dilukis selari dengan Garisan Khatulistiwa.
4.Latitud utama ialah Garisan Khatuslistiwa (0°),Garisan Sartan (23 1/2°U),
Garisan Artik (66 1/2°U),Garisan Jadi (23 1/2°S) dan Garisan Antartika
(66 1/2°S).
Longitud
1.Longitud ialah garisan yang dilukis secara menegak dari Kutub Utara ke Kutub Selatan pada glob.
2.Semua longitud adalah sama panjang.
3.Garisan Meridian Pangkal (0°) dilukis melalui Greenwich,London.
4.Longitud lain diukur ke timur atau ke barat Garisan Meridian Pangkal.
5.Longitud 180°T dan 180°B bertindih akan dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa.
Kedudukan Berdasarkan latitud dan Longitud.
1.Kedudukan mutlak sesuatu tempat di bumi boleh ditentukan berdasarkan persilangan latitud dan longitud.
2.Nilai latitud mesti dinyatakan dahulu diikuti nilai longitud.
Aplikasi terkini
1.Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) adalah inovasi baru untuk mengenal pasti kedudukan tempat, perjalanan dan masa tempatan secara tepat.
2.GPS terdiri daripada tiga komponen,iaitu satelit yang mengelilingi bumi,
stesen bumi dan gagang GPS pengguna.
Kiraan Waktu Berpandukan Longitud
1.Bumi berputar dari barat ke timur. Jadi ,kawasan di tumur akan mengalami siang lebih awal daripada kawasan di barat.
2.Jepun mengalami siang lebih awal daripada negara di sebelah baratnya misalnya Malaysia, India, dan Eropah.
3.Bumi membuat satu putaran lengkap dalam 24 jam (satu hari).
Jadi 360° longitud =24 jam
15° longitud =1 jam
1° longitud =4 minit
4.Bumi boleh dibahagikan kepada 24 zon waktu , iaitu 1 jam bagi setiap zon.
5.Malaysia mempunyai satu zon waktu piawai bagi memudahkan pentadbiran.
6.Negara-negara yang besar seperti Kananda,Rusia dan Amerika Syarikat mempunyai lebih daripada satu zon waktu piawai.
7.Amerika Syarikat mempunyai enam zon waktu.
Rujukan Grid
1.Rujukan grid digunakan untuk menentukan kedudukan mutlak pada peta topografi.
2.Peta topografi ialah peta skala besar bagi menggambarkan kedudukan ciri-ciri sesuatu kawasan.
3.Pada peta topografi, terlukis garisan menegak dan melintang yang membentuk segi empat grid.
4.Garisan menegak dikenali garisan Timuran,manakala garisan melintang dikenali Garisan Utaraan.
5.Garisan timuran dan Garisan Utaraan dinomborkan secara berturutan.
6.Kedudukan sesuatu ciri boleh dinyatakan dengan cara rujukan grid,iaitu nombor Garisan Timuran dan Garisan Utaraan.
7.Nombor Garisan Timuran mesti dinyatakan dahulu diikuti nombor Garisan Utaraan.
8.Rujukan grid dinyatakan dengan 4 angka dan 6 angka.
Rujukan Grid 4 Angka
1.Rujukan Grid 4 angka diguna untuk menyatakan kedudukan segi empat grid.
2.Kedudukan segi empat grid ditentukan dengan menyatakan Garisan Timuran dan Garisan Utaraan di penjuru kiri bawah.
3.Rujukan Grid 4 angka sesuai untuk menentukan kedudukan ciri yang luas seperti ladang,paya,hutan dan lain-lain.
Rujukan Grid 6 Angka
1.Rujukan Grid 6 angka adalah lebih tepat berbanding Rujukan Grid 4 angka.
2.Rujukan Grid 4 angka diguna untuk menentukan kedudukan ciri-ciri yang merupakan satu poin di atas peta seperti simpang jalan,sekolah,masjid, stesen trigonometri dan lain-lain.
Sistem grid Kebangsaan
1.Negara Malaysia mempunyai suatu Sistem Grid Kebangsaan.
2.Sistem Grid Kebangsaan terdiri daripada segi empat grid yang meliputi seluruh negara.
3.Punca grid peta Semenanjung Malysia ialah 0° 98°T,manakala punca grid peta Malysia Timur (Sabah dan Sarawak) ialah 0°109°T.
4.Dari punca grid tersebut,Garisan Timuran dan Garisan Utaraan lain dengan jarak 100km dilukis.
5.Segi empat grid yang terbentuk dikenali sebagai segi empat grid kebangsaan dan keluasannya ialah 10000² (100km x100km)
6.Seterusnya setiap segi empat grid kebangsaan dibahagikan oleh Garisan Timuran dan Garisan Utaraan kepada segi empat yang lebih kecil,iaitu bersaiz 10km x10km dan akhirnya kepada segi empat grid bersaiz 1km x1km .Segi empat grid ini dikenali sebagai segi empat grid peta.
7.Peta topografi Malaysia dilukis dengan jarak 1 km di antara Garisan Timuran dengan 1 km di antara Garisan Utaraan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment