Pengenalan
1.Ketinggian sesuatu tempat merujuk kepada jarak menegak dari aras laut (0) meter.
2.Terdapat pelbagai kaedah untuk menggambarkan ketingian pada peta. Contohnya hasyur, warna, tanda tinggi,tanda aras,stesen trigonometri dan kontur.
Hasyur
Hasyur ialah garisan-garisan pendek yang dilukis bagi menggambarkan cerun.
Kaedah ini digunakan dalam peta lama.Cerun curam digambarkan oleh garisan tebal dan rapat . Cerun landai digambarkan oleh garisan halus dan jarang.
Warna
Untuk peta kawasan luas, warna digunakan untuk membezakan ketinggian.
Warna biru biasa digunakan untuk laut atau kawasan yang tingginya kurang dari 0 meter.Warna hijau untuk tanah pamah dan warna coklat untuk tanah tinggi.
Tanda aras pada peta topografi menggambarkan kedudukan batu aras yang biasanya terletak di tepi jalan raya, landasan kereta api dan jambatan.
Kontur
1.Kontur ialah garsan yang dilukis bagi menyambungkan tempat-tempat yang sama ketinggiannya.
2.pada peta topografi,kontur dilukis dengan garisan berwarna coklat.
3.Sela kontur (selang kontur), iaitu perbezaan ketingian antara dua kontur yang berturut.Bagi sesuatu peta,nilai sela kontur adalah tetap.
4.Angka di atas kontur ialah ketinggian kontur dalam meter.
5.Berpandukan kontur, ketinggian tempat dapat ditentukan.
6.Kelebihan kontur berbanding simbol ketinggian lain ialah kontur dapat menggambarkan bentuk muka bumi di sesuatu kawasan, contohnya cerun, bukit dan lurah.
7.Berdasarkan kontur, kita boleh melukis keratan rentas bentuk muka bumi.
Contoh Pelbagai Benntuk Muka Bumi yang Digambarkan Kontur.
Pelbagai Jenis Cerun.
Cerun curam
Garisan kontur disusun secara rapat.
Cerun landai
Garisan kontur disusun secara jarang.
Cerun bertangga
Garisa kontur disusun secara rapat berselang-seli dengan yang jarang.
Cerun seragam
Garisan kontur disusun dengan jarak yang sama.
Tebing tinggi (Cenuram)
Cerun yang sangat curam dan hampir menegak.Tebing tinggi terdapat di tempat kontur bertindih atau sangat rapat antara satu dengan lain.
Bentuk Muka Bumi Lain
Bukit
Kontur disusun semakin tinggi ke tengah membentuk puncak (dikenali gunung sekiranya ketinggian puncak melebihi 600m).
Dataran tinggi
Dataran tinggi ialah tanah tinggi yang rata. Kontur disusun rapat di tepi, tetapi sangat jarang atau tiada kontur di tengah.
Rabung atau permatang
Rabung ialah tanah tinggi yang memanjang.Kontur disusun rapat dan secara memanjang.
Melukis Keratan Rentas
Keratan rentas ialah profil atau pandangan sisi bentuk muka bumi di antara dua poin pada peta.
Kecerunan
1.Kecerunan ialah kecuraman atau kelandaian sesuatu cerun.
2.Maklumat kecerunan penting bagi seorang jurutera yang ingin membina jalan raya, landasan kereta api atay bangunan di sesuatu kawasan.
3.Kecerunan boleh dinyatakan sebagai nisbah atau peratus.
4. Nilai pertaus yang semakin besar menunjukkan cerun semakin curam.
5.Biasanya di tepi jalan raya di tanah tinggi, terdapat papan tanda dengan maklumat kecerunan.
Lampauan Tegak
1.Lampauan tegak ialah perbandingan antara skala tegak dengan skala mendatar yang digunakan bagi melukis keratan rentas antara dua poin.
2.Apabila lampauan tegak semakin besar, gambaran bentuk muka bumi pada keratan rentas akan semakin nyata.
No comments:
Post a Comment