1.Peta ialah gambaran grafik sesebuah kawasan seperti dunia, Asia Tenggara dan Malaysia.
2Kawasan yang luas tu dapat dilukis menggunakan skala.
3.Skala ialah perbandingan jarak diatas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
4.Terdapat tifa cara untuk menunjukkan skala peta, iaitu
(a) skala penyata.
(b) skala lurus.
(c) pecahan wakilan
5.Biasanya,skala dicatatkan di bahagian bawah atau tepi peta.
Skaya penyata
1.Skala penyata ialah skala yang dinyatakan dengan perkataan.
2.Skala ini mudah difahami.
Skala Lurus
1.Skala lurus ialah garisan lurus bertanda yang mewakili jarak sebenar.
2.Terdapat dua jenis skala lurus, iaitu
(a) Skala lurus mudah.
(b) Skala lurus penuh.
3.Kelebihan skala lurus ialah mudah digunakan kerana jarak sebenar dapat diperoleh dengan merujuk kepadanya.
Pecahan Wakilan
Pecahan wakilan ialah perbandingan jarak di atas peta dengan jarak sebenar yang dinyatakan sebagai nisbah atau pecahan tanpa unit ukuran.
Jarak
Jarak atas Peta Topografi
1.Berpandukan skala peta, jarak sebenar di antara dua poin boleh ditentukan .
2.Jarak pada peta boleh diukur menggunakan tepi kertas, jangka tolok,benang dan pengukur peta (map measurer).
3.Jarak sebenar boleh diperoleh dengan mendarabkan jarak diatas peta dengan skala peta atau membaca jaraknya berpandukan skala lurus peta.
Keluasan
1.Keluasan ialah saiz kawasan yang diliputi.
2.Berpandukan skala, kita boleh mengira keluasan ciri-ciri seperti paya ,sawah padi ,ladang getah dan kelapa sawit.
3.Untuk mengira keluasam , kita berpadnukan skala peta dan keluasan segi empat grid.
Kalkulator luas kawasan
Digitizer ialah satu alat baharu untuk mengira keluasan sesebuah kawasan.Untuk menghitung keluasan sesebuah kawasan , kita hanya perlu menandakan beberapa poin pada sempadan kawasan itu.
Plainmeter
Keluasan sebenar sesuatu kawasan dalam peta mudah dihitung dengan sebuah plainimeter.
No comments:
Post a Comment