BAB 1 Nilai Berkaitan dengan Perkembangan Diri
1. Kepercayaan kepada Tuhan - Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya dengan berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Amanah - Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
3. Harga diri - Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
4. Bertanggungjawab - Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna.
5. Hemah tinggi - Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
6. Toleransi - Kesanggupan bertolak ansur , sabar , dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
7. Berdikari - Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain.
8. Kerajinan - Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan , kecekalan , kegigihan , dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
9. Kasih sayang - Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
10. Keadilan - Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
11. Rasional - Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar.
12. Kesederhanaan - Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran , pertuturan , atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
BAB2 Nilai Berkaitan dengan Kekeluargaan
13. Kasih sayang terhadap keluarga - Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
14. Hormat dan taat kepada anggota keluarga - Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
15. Mengekalkan tradisi kekeluargaan - Menerima , menghormati , dan mengamalkan sesuatu kebiasaan ,
adat , dan kepercayaan yang diwarisi secara turun- temurun dalam keluarga.
16. Tanggungjawab terhadap keluarga - Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap
keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej keluarga , dan menjaga maruah keluarga.
BAB3 Nilai Berkaitan dengan Alam Sekitar
17. Menyayangi dan menghargai alam sekitar - Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
18. Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar - Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara alam sekeliling dengan manusia supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar terpelihara.
19. Kemapanan alam sekitar - Pengekalan dan kesimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
20. Peka terhadap isu-isu alam sekitar - Prihatin terhadap persoalan berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.
BAB4 Nilai Berkaitan dengan Patriotisme
21. Cinta akan negara - Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
22. Taat setia kepada Raja dan Negara - Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
23. Sanggup berkorban untuk negara - Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
BAB5 Nilai Berkaitan dengan Hak Asasi Manusia
24. Melindungi hak kanak-kanak - Membela , memberi naungan , dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.
25. Menghormati hak wanita - Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalam pembangunan keluarga , masyarakat dan negara.
26. Melindungi hak pekerja - Menghormati , menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan , jasa , dan sumbangan dalam pembangunan keluarga , masyarakat , dan negara.
27. Menghormati hak golongan kurang berupaya - Memberikan layanan yang bersopan kepada golongan kurang upaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
28. Melindungi hak pengguna - Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu , mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi
BAB6 Nilai Berkaitan dengan Demokrasi
29. Mematuhi peraturan dan undang-undang - Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
30. Kebebasan bersuara - Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
31. Kebebasan beragama - Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
32. Penglibatan diri dalam pembangunan negara - Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan , undang-undang , dan Perlembagaan Malaysia.
33. Sikap keterbukaan - Bersedia memberi dan menerima pandangan , pembaharuan , dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
BAB7 Nilai Berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian
34. Hidup bersama secara aman - Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa , dan budaya.
35. Saling membantu dan bekerjasama - Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti , atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
36. Saling menghormati antara negara - Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
No comments:
Post a Comment