Wednesday, 29 June 2016

Geografi Bab 5 : ( Jadual , Graf , Carta , Rajah dan Foto)

Jadual
1.jadual ialah satu cara mudah menyusun dan mempersembahkan maklumat dan data.
2.Maklumat dan data dalam bentuk jadual lebih mudah difahami.
3.Perubahan dan pertalian antara dua set maklumat juga mudah ditunjukkan di dalam jadual.

Graf
1.Graf merupakan cara grafik bagi mempersembahkan maklumat dan data.
2.Selain mudah dibaca dan ditafsir , rupa graf adalah menarik.
3.Teredapat banyak jenis graf , iaitu
(a) graf bar - graf bar mudah , graf bar berganda dan graf bar majmuk.
(b) graf baris - graf garis mudah dan graf garis bergandan.
(c) graf gabungan.

Graf Bar
Graf Bar Mudah
Graf bar mudah sesuai digunakan bagi adata yang boleh dibilang seperti orang , kereta dan rumah.

Graf Bar Berganda
Graf bar berganda sesuai diguna bagi menyampaikan dan membuat perbandingan antar dua atau lebih jenis data.

Graf Bar Majmuk
Graf bar majmuk membolehkan kita membuat perbandingan antara jumlah dan antara komponennya..

Graf garis
1.Graf garis sesuai diguna untuk menunjukkan perubahan numerik mengikut masa.
2.Graf garis membolehkan perubahan atau trend dikesan dengan mudah.
3.Terdapat empat trend yang ketara, iaitu merosot, meningkat m turun naik dan tidak berubah.


Graf Garis Berganda
1.Graf garis berganda ialah graf yang mengandungi dua atau lebih garis untuk mengambarkan dua atau lebih set data.
2.Graf garis berganda sesuai diguna bagi menggambarkan suhu bagi dua buah tempat seperti dalam Jadual .
3.Kaedah ini membolehkan kita membandingkan perubahan suhu dua buah bandar itu.
4.Cara melukisnya hampir sama seperti graf garis mudah . Kita menggunakan corak garisan atau garisan warna berlainan untuk set data kedua.

Graf Gabungan
1.Graf gabungan menggabungkan graf bar dengan graf garis.
2.Kaedah ini sesuai diguna bagi menggambarkan data saling berkaitan seperti
(a)suhu dengan hujan.
(b)pengeluaran dengan harga minyak sawit.
(c)oerbahan jumlah penduduk dengan perubahan kadar kelahiran penduduk.

Carta
Carta Pai
1.Carta pai sesuai diguna untuk menggambarkan saiz komponen bagi sesuatu jumlah,
2.Carta pai sesuai diguna untuk menunjukkan
(a) sumbangan sektor ekonomi kepada pendapatan negara Malaysia.
(b) negara asal pelancong asing ke Malaysia.
(c) destinasi eksport utama Malaysia.

Rajah
1.Rajah ialah gambaran visual yang dapat menunjukkan ciri dan fenomena geografi yang sukar dihuraikan.
2.Rajah amat berguna untuk menyampaikan maklumat tentang proses, jaringan , komponen dan pergerakan aliran fenomena geografi dengan jitu dan mudah difaham,

Terdapat dua jenis rajah , iaitu:
Rajah tunggal seperti rajah blok yang menggambarkan komponen dalam sesuatu sistem bumi sperti kitaran hidrologi, struktur bumi dan ekosistem pantai.
Rajah bersiri terdiri daripada beberapa rajah yang digunakan baig menunjukkan proses pembentukan seperti pembentukan tasik ladam dan batuan mendap.

Foto
1.Foto mengandungi banyak maklumat yang dapat dilihat dan mudah difahami.
2.Peta dan lakaran dapat dilukis berdasarkan foto.
3.Foto membolehkan kita membuat perbandingan antara kawasan berlainan.
4.Berpandukan foto , kita boleh mengesan perubahan melalui masa di sesebuah kawasan.
5.Foto boleh diambil daripada pelbagai sudut seperti
(a) pandangan tegak dari atas.
(b) pandangan serong.
(c) pandangan aras bumi.

Carta Angin
Masa udara tenang (tiada tiupan angin ) boleh dicatatkan sama ada sebagai % atau bilangan hari dalam ruangan tengah carta angin.

Jenis-jenis Foto
Foto Pandangan Tegak dari Atas
Terdapat dua jenis foto pandangan tegak dari atas , iaitu foto udara dan foto satelit.

FOTO UDARA
1.Foto udara diambil dari kapal terbang.
2.Foto udara dapat menunjukkan taburan ciri budaya dan ciri fizikal di sesebuah kawasan.
3.Jarak di antara dua buah tempat dapat ditentukan berpandukan foto udara.
4.Foto udara ditaksir menggunakan stereoskop yang melihat gambaran tiga dimensi  (3-D) . Ia sangat sesuai untuk melihat relief kawsan tersebut.

FOTO SATELIT
1.Foto satelit diambil dengan kameran yang dipasang pada satelit yang beredar mengelilingi bumi.
2.Kelebihan foto satelit ialah
(a) meliputi kawasan yang luas.
(b) kamera mengambil foto bersiri dan terperinci.
(c) mengandungi banyak maklumat relief , ramalan cuaca , saliran , tumbuhan serta potensi galian dan guna tanah.
(d) GIS (Geographic Information System ) atau SIStem Maklumat Geografi sangat berguna untuk perancangan , mengesan pencemaran (jerebu) dan ramalan cuaca.

Foto Pandangan Aras Bumi
1.Foto Jenis in biasa kita ambil semasa berdiri di permukaan bumi.
2.Kelebihan foto jenis ini ialah
(a) mudah diambil
(b) memberikan maklumat tentang taburan guna tanah dan ciri-ciri permukaan bumi.
(c) menunjukkan fungsi sesuatu kawasan.
(d) boleh dibuat perbandingan dan menunjukkan perubahan mengikut masa.
(e) boleh membangkitkan perasaan seperti gembira , sedih bangga dan bersyukur.

Langkah-langkah taksiran foto
1. Bahagikan foto kepada tiga latar,iaitu latar hadapan , latar  tengah dan latar belakang.
2.Bahagikan setiap latar itu kepada tiga bahagian (kiri,tengah dan kanan ) supaya taksiran lebih teliti dan tepat.

Latar hadapan foto menunjukkan kawasan landai .Kawasan di sebelah kiri telah dibersihkan . DI bahagian tengah dan di sebelah kanan terdapat pokok pisang dan rumput.

Latar tengah foto menunjukkan cerun bukit yang telah ditereskan . DI seluruh latar tengah foto kelihatan potongan cerun akibat perlombongan batu granit. Potongan cerun yang  paling ketara adalah di bahagian tengah . Kelihatan asap di bahagian ini.

Latar belakang foto menunjukkan kawsan bukit yang tinggi dan curam. Kawasan itu diliputi hutan tebal . Puncak bukit terletak di bahagian kiri. Di antara puncak bukit terdapat satu lekukan .

No comments:

Post a Comment